TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2205
Selamat bercuti kepada murid-murid.
Manfaatkan cuti persekolahan ini dengan aktivit-akviti yang berfaedah.
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Konvokesyen UPSI 2023 - Sarjana Pendidikan
Assalamualaikum
Alhamdulillah, pada tarikh 24.11.2023, saya telah menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menerima Sarjana Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah).
Pembelajaran bermula semasa PKP dan pembelajaran adalah secara online sahaja. Semua perbincangan kumpulan dan tugasan dijalankan secara online. Alhamdulillah, semester 3 dan 4, dapatlah belajar secara bersemuka, maka dapatlah juga bersemuka dengan pensyarah.
Semoga ilmu yang diperoleh dalam peringkat Sarjana dapat digunakan dan dimanfaatkan kepada kumpulan sasaran.
=======================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Kolokium : AMALAN BAIK KAJIAN TINDAKAN DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2022 (AMBIK3.0)
KOLOKIUM: AMALAN BAIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
[ AMBIK 3.0 ]
GURU DAN KAJIAN TINDAKAN SEHATI MENDEPANI TRANSFORMASI
๐ 09.02.2023 | Khamis
⏰ 08.30 pg - 1.00 ptg
๐ฒ๐ป Youtube Live
๐Buku Program
๐ฌAnjuran:
Sektor Pembelajaran PPD Hulu Selangor
Alhamdulillah.
Saya telah dipilih oleh PPDHS untuk menyertai kolokium ini sebagai pembentang. Saksikan perkongsian saya di Youtube.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
SEMESTER 3 SARJANA PENDIDIKAN
Alhamdulillah.
Setelah 2 semester belajar secara online ( gmeet,/ zoom), akhirnya dapat juga menghadiri kuliah secara bersemuka.
Pendaftaran masuk Semester 3 telah dibuat pada Ahad (3.9.2022). Pertama kali menjejakkan kaki masuk ke UPSI sebagai pelajar separuh masa. Semoga dapat belajar dengan baik dan dapat mempelajari perkara-perkara baharu.
Rakan-rakan seangkatan datang dari Perak, Selamgor, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Tahniah kepada rakan-rakan yang datang dari jauh untuk menimba ilmu.
UTAMAKAN KESELAMATAN - PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG
Catatan 30.1.2022
30/365
KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina 2022, ramai rakan-rakan yang mengambil peluang pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Selamat balik kampung,
Selamat bercuti,
...kepada semua rakan-rakan yang telah merancang perjalanan atau sedang dalam perjalanan....
.....berhati-hati semasa dalam perjalanan & utamakan keselamatan diri, keluarga & orang lain.
Semoga selamat sampai ke destinasi... & selamat pulang ke kediaman rakan-rakan.
Iklhas
Pesanan Keselamatan
.
(๐semasa berkhidmat di Johor suatu masa dahulu...cuti panjang adalah waktu yang ditunggu-tunggu utk balik ke kg..)
APAKAH KEMAHIRAN ANDA?
Catatan 29.1.2022
29/365
KEMAHIRAN
Setiap daripada kita, ada kemahiran tertentu yang kita kuasai. Cuba kita lihat diri kita sendiri... apakah kemahiran yang kita ada.
Asah kemahiran kita sehingga menjadi pakar. dan boleh mengajar orang lain utk mahir dalam bidang itu.
Pastikan kemahiran kita itu adalah kemahiran yang memberi manfaat.
Terima kasih.
SEPAK TAKRAW
Catatan 15.1.2022
15/365
AKTIVITI SUKAN
Salah satu sukan yang diminati sejak sekolah rendah ialah SEPAK TAKRAW. Mula mengenali dan bermain sepak takraw ialah pada umur 11 tahun (darjah 5). Bermain bersama kawan-kawan sekampung.
Alhamdulillah, dapat memberi sedikit sumbangan sebagai pemain semasa di sekolah rendah, menengah dan berkesempatan mewakili UiTM Perlis pada tahun 2001.
Semasa belajar di UiTM Perak, pernah mencuba untuk mewakili UiTM Perak..tetapi masih belum layak.
MATEMATIK TAHUN 2 - BENTUK 3 DIMENSI
Catatan 12.1.2022
12/365
Matematik Tahun 2
Tajuk : Ruang (Bentuk 3 Dimensi)
Murid-murid telah diminta untuk membawa objek yang berbentuk 3 Dimensi ke sekolah. Antara objek yang dibawa ialah bekas minuman, tin susu, pemadam pensel, pengasah pensel, buku nota kecil, gam dan penutup botol.
Murid dapat memahami objek yang berbentuk 3 Dimensi.
Tahniah..
SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 2021/2022
Catatan 10.1.2022
10/365
Hari pertama persekolahan penggal 3 2021/2022.
Sesi persekolahan telah ditangguhkan oleh KPM daripada tarikh yang sepatutnya sesi persekolah bermula disebabkan banjir yang telah belaku.
KEJAYAAN IMPIAN KITA SEMUA
Catatan 7.1.2022
7/365
KEJAYAAN
Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pelbagai halangan perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi kejayaan.
Usaha tanpa jemu yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan sebelum mencapai kejayaan.
Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.
Jom, kita mulakan misi kejayaan kita dengan langkah pertama.
PENANGGUHAN TARIKH PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3, 2021/2022
PENANGGUHAN TARIKH PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN
PENGGAL 3, 2021/2022
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa
tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022
ditangguhkan selama seminggu. Dengan ini, tarikh baharu sesi
persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 9 Januari 2022
bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan
pada 10 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan B (Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Keputusan KPM adalah berdasarkan penelitian kepada kesan banjir
besar yang melanda negara baru-baru ini. Sehingga 24 Disember 2021,
terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air. KPM sentiasa
prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh semua pihak termasuk
pengurusan sekolah, guru, murid dan ibu bapa yang terkesan akibat
banjir.
Ketetapan penangguhan ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah
KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum
kebangsaan. Manakala, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan
sekolah ekspatriat adalah mengikut kalendar persekolahan
masing-masing. Bagi tadika yang berdaftar bawah KPM, pengoperasian
dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan
3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.
Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini adalah
merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut
pendidikan guru.
KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua
institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.
KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
-TAMAT-
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
24 DISEMBER 2021
Kaedah Penyelidikan Untuk Pendidikan
Assalamualaikum
Pengajian peringkat Sarjana memerlukan kita menjalankan penyelidikan berdasarkan bidang pengajian. Ini merupakan pengalaman baharu dan banyak perkara yang perlu dipelajari.
...jumpa lagi..
.
.
.
Mendaftar Sebagai Pelajar Sarjana Pendidikan
Assalamualaikum / Salam Sejahtaera
13.9.2021 bermulalah langkah pertama mendaftar sebagai pelajar Sarjana Pendidikan. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.
nantikan sambungan....
Terima kasih.
=======================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Buku Kajian Tindakan
Buku ASAS PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI: PANDUAN MUDAH UNTUK GURU kini kembali dengan Edisi Kedua.
Buku ini ditulis oleh Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir .
Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai panduan untuk guru-guru yang baru ingin bermula mengenali dunia kajian tindakan dan inovasi dalam PdP.
Cetakan pertama dulu dah lama habis stok. Tapi masih ramai guru yang bertanya tentang buku Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Inovasi: Panduan Mudah Untuk Guru ini.
Alhamdulillah, saya sempat dapatkan Buku Edisi Pertama.
Buku ini telah membantu ramai guru menghasilkan kajian tindakan dan inovasi dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada guru-guru.
Buku ini telah dikemaskini dan ditambahbaik dengan lebih banyak contoh penulisan kajian tindakan & inovasi.
Rakan-rakan guru boleh dapatkan terus daripada saya : (Harga Buku = RM30)
Sila klik pautan di bawah ini.
Terima kasih. ๐๐
=======================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Assalamualaikum / Salam sejahtera
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada anda semua pembaca setia Blog CikguNayan DotCom.
Aidilfitri 2021 disambut dalam suasana seperti 2020 kerana COVID-19 masih lagi ada di negara kita.
Sehingga pada hari entri ini ditulis, kes semakin meningkat dan membimbangkan rakyat Malaysia.
Bersamalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
=======================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1. Apakah PBD?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
2. Bila PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
5. Mengapakah PBD penting?
PBD dapat membantu guru dalam:
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
7. Apakah pertimbangan profesional?
Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KoKurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?
Buku Panduan
Portal http://bpk.moe.gov.my/
JPN
PPD
13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?
Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.
14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.
15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?
Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.
16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.
17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
=======================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
A
DMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
TARIKH SEMAKAN TAWARAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2021
Sumber asal :
Pautan Semakan Tawaran
Tingkatan 1:
Tingkatan 4:
Maklumat Lanjut Pendaftaran MTD
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=======================================================
Tarikh Pembukaan Semula Sekolah 2021
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN
=============================================================
Langgan:
Catatan (Atom)








