UTAMAKAN KESELAMATAN - PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG
Catatan 30.1.2022
30/365
KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina 2022, ramai rakan-rakan yang mengambil peluang pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Selamat balik kampung,
Selamat bercuti,
...kepada semua rakan-rakan yang telah merancang perjalanan atau sedang dalam perjalanan....
.....berhati-hati semasa dalam perjalanan & utamakan keselamatan diri, keluarga & orang lain.
Semoga selamat sampai ke destinasi... & selamat pulang ke kediaman rakan-rakan.
Iklhas
Pesanan Keselamatan
.
(👌semasa berkhidmat di Johor suatu masa dahulu...cuti panjang adalah waktu yang ditunggu-tunggu utk balik ke kg..)
APAKAH KEMAHIRAN ANDA?
Catatan 29.1.2022
29/365
KEMAHIRAN
Setiap daripada kita, ada kemahiran tertentu yang kita kuasai. Cuba kita lihat diri kita sendiri... apakah kemahiran yang kita ada.
Asah kemahiran kita sehingga menjadi pakar. dan boleh mengajar orang lain utk mahir dalam bidang itu.
Pastikan kemahiran kita itu adalah kemahiran yang memberi manfaat.
Terima kasih.
SEPAK TAKRAW
Catatan 15.1.2022
15/365
AKTIVITI SUKAN
Salah satu sukan yang diminati sejak sekolah rendah ialah SEPAK TAKRAW. Mula mengenali dan bermain sepak takraw ialah pada umur 11 tahun (darjah 5). Bermain bersama kawan-kawan sekampung.
Alhamdulillah, dapat memberi sedikit sumbangan sebagai pemain semasa di sekolah rendah, menengah dan berkesempatan mewakili UiTM Perlis pada tahun 2001.
Semasa belajar di UiTM Perak, pernah mencuba untuk mewakili UiTM Perak..tetapi masih belum layak.
MATEMATIK TAHUN 2 - BENTUK 3 DIMENSI
Catatan 12.1.2022
12/365
Matematik Tahun 2
Tajuk : Ruang (Bentuk 3 Dimensi)
Murid-murid telah diminta untuk membawa objek yang berbentuk 3 Dimensi ke sekolah. Antara objek yang dibawa ialah bekas minuman, tin susu, pemadam pensel, pengasah pensel, buku nota kecil, gam dan penutup botol.
Murid dapat memahami objek yang berbentuk 3 Dimensi.
Tahniah..
SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 2021/2022
Catatan 10.1.2022
10/365
Hari pertama persekolahan penggal 3 2021/2022.
Sesi persekolahan telah ditangguhkan oleh KPM daripada tarikh yang sepatutnya sesi persekolah bermula disebabkan banjir yang telah belaku.
KEJAYAAN IMPIAN KITA SEMUA
Catatan 7.1.2022
7/365
KEJAYAAN
Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pelbagai halangan perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi kejayaan.
Usaha tanpa jemu yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan sebelum mencapai kejayaan.
Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.
Jom, kita mulakan misi kejayaan kita dengan langkah pertama.
Langgan:
Catatan (Atom)