Ahad, 31 Januari 2016

PdP Abad Ke 21 : Panduan Pembelajaran Koperatif


1. KAEDAH SHARE N TURN
1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea

2. KAEDAH THINK PAIR SHARE
1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)

3. KAEDAH GALLERY WALK
1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.

4. KAEDAH RALLAY ROBIN
1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.

5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING
1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.

6. KAEDAH IDEA RUSH
1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik

7. KAEDAH FAN N PICK
1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut

Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin

Khamis, 21 Januari 2016

eRPH

Buku Rekod Persediaan Mengajar bagi semua guru ditulis menggunakan buku dan ada yang menggunakan sistem folder.

Jika menggunakan sistem folder, RPH perlu ditulis / dicetak di atas kertas mengikut format yang ditetapkan.

eRPH ini boleh dimuat turun di laman web Sistem Guru Online.



Ahad, 10 Januari 2016

Peta i-THINK

Pastinya para guru mengetahui tentang Peta i-THINK. Konsep ini diterapkan di dalam Proses PdP di dalam bilik darjah.

Terdapat 8 Peta i-THINK. Jom berkenalan dengan 8 Peta i-THINK
.
.


Ada alat bantu yang digunakan untuk melukis peta i-THINK. Jom kita lihat gambarnya di bawah. 


Khamis, 7 Januari 2016

RPT KSSR Semua subjek

Kepada guru-guru yang ingin dapatkan RPT bagi subjek-subjek yang bekenaan, sila dapatkan melalui 'link' di bawah.

 KLIK DI SINI



Selasa, 5 Januari 2016

Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia

Berikut ialah Kalendar Cuti Umum 2016 di Malaysia. Semoga ini dapat memudahkan kita semua merancang aktiviti sepanjang Tahun 2016.


Sesi Persekolahan 2016 Meriah Dengan Pelbagai Emosi Dan Ragam Murid


sumber : BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kemeriahan hari pertama sesi persekolahan 2016 dirasai dengan pelbagai emosi terpancar di wajah murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi kebanyakan negeri yang bermula hari ini.

Ada murid yang menangis tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang menyuruh orang tua mereka pulang kerana malu dilihat rakan lain, tidak kurang juga yang gembira mendapat kenalan baharu serta riang menari dan menyanyi lagu sekolah, selain ada yang terkejut mendapat pensel warna baharu daripada guru dan sebagainya.

Empat negeri telah memulakan persekolahan semalam iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Di MELAKA, seramai 9,636 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini di 237 buah sekolah rendah seluruh negeri itu.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata seramai 5,217 murid prasekolah turut memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.

Beliau berkata seramai 13,360 murid Tingkatan Satu pula memulakan sesi persekolahan mereka di 77 buah sekolah menengah di negeri itu.

"Jumlah keseluruhan murid sekolah pelbagai darjah serta tingkatan di Melaka pada masa ini adalah seramai 150,532 orang iaitu 80,697 di sekolah rendah manakala selebihnya di sekolah menengah," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ahad, 3 Januari 2016

Sesi Persekolahan 2016 Bermula ...

Sesi persekolahan untuk Tahun 2016 bermula pada hari Ahad dan Isnin. Pasti ramai anak-anak tidak sabar untuk ke sekolah. Para ibu bapa yang mempunyai anak yang memasuki Tahun 1, akan lebih bersemangat untuk melihat anak kesayangan memasuki alam sekolah rendah.

Negeri-negeri yang memulakan sesi persekolahan 2016 pada hari Ahad
1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Terengganu

Negeri-negeri yang memulakan sesi persekolahan 2016 pada hari Isnin,
1. Perlis
2. Pulau Pinang
3. Perak
4. Selangor
5. Negeri Sembilan
6. Melaka
7. Pahang
8. Sabah
9. Sarawak
10. Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan)

Anda boleh dapatkan Takwim Persekolahan 2016 di sini.

>> KLIK DI SINI <<





Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat Tahun Baharu 2016

Cikgu Nayan Dot Com mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
.
Semoga kita semua lebih sukses dalam hidup ini.
.

======================
FB: Cikgu Nayan Dot Com
======================
.
.

Misi 6A UPSR 2017

VIDEO