SELAMAT TINGGAL 2020

Assalamualaikum 

Entri kali ini diulis pada penghujung Tahun 2020.

Tahun 2020 bermula dengan COVID-19 dan di penghujung Tahun 2020 juga masih dengan COVID-19.

Dengan hadirnya Covid-19, Allah memberi peringatan kepada kita untuk kita memperbaiki kehidupan kita. Setiap apa yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian mestilah berlandaskan perintah Allah. Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan ALLAH.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar kehidupan kita akan tenjadi lebh bak daripada sebelum ini. Ingat ALLAH pada setiap detik. Kita ingat ALLAh, ALLAH ingat kita.






==============================================================

 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. 
 ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik 
dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. 
 Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN
 =============================================================

Sekolah Seluruh Negara Tutup Hingga Hujung Tahun 2020


Astro Awani
Sekolah, Kolej Vokasional seluruh negara tutup hingga hujung tahun
Tarikh pembukaan semula sekolah dan Kolej Vokasional di bawah KPM adalah pada 20 Januari, 2021. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua sekolah dan Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup, bermula 9 November ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Arahan itu turut terpakai kepada negeri-negeri yang tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan COVID-19, iaitu Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak.
Penutupan itu akan berterusan sehingga hari akhir persekolahan mengikut Takwim 2020, iaitu 17 Disember bagi negeri kumpulan A, dan 18 Disember bagi negeri kumpulan B.
“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
"Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
"Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” katanya pada satu sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Bagi pelajar yang tinggal di asrama pula, Mohd Radzi berkata, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun, jelasnya lagi, pelajar boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu ibu bapa atau penjaga mereka.
“Sepanjang tempoh tersebut, murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, tarikh pembukaan semula sekolah masih mengikut Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021, iaitu pada 20 Januari, 2021.
Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.
Bagi sekolah menengah pula, pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.
"Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
"Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021," katanya.
Mengambil kira situasi semasa, Mohd Radzi berkata, pindaan dibuat terhadap tarikh peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021.
"Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.
"Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat," katanya.
Bagi membantu calon-calon peperiksaan awam membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, KPM memutuskan mereka akan menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masing-masing mulai 20 Januari 2021.
KPM berharap ruang yang ada ini akan dapat memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah, katanya.
Sementara itu, bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, pihak pentadbiran disaran turut mengikuti ketetapan yang dibuat hari ini.

============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

PKPB Dilaksana Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya




PUTRAJAYA, 12 Oktober - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perintah itu dikuat kuasa hingga 26 Oktober depan.

PKPB juga akan dilaksana di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12:01 tengah malam 14 Oktober.

Ia akan berkuat kuasa hingga 27 Oktober.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perintah itu dikeluarkan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira peningkatan kes yang berlaku di kawasan terlibat.

Justeru tegas beliau, bagi menyekat penularan COVID-19, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain penguatkuasaan PKPB di Sabah tengah malam ini.

SOP pelaksanaan PKPB melibatkan larangan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam, pusat rekreasi, masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain ditutup.

============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2020 Bagi Negeri Sabah dan Selangor





Klik pautan di atas untuk mendapatkan maklumat penuh.








============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu


Muat Turun DI SINI






============================================================== TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Kursus (PKSK)













============================================================== TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

DCS : Mari Bermain Sambil Coding





Tahun ini perlaksaan DCS akan bermula pada 1hb Ogos – 30 November 2020. Program ini adalah merupakan program gamification yang dibangunkan oleh MDEC bersama-sama KPM dalam menilai keberhasilan murid dalam kognitif, penyelesaian masalah, kesedaran siber dan coding.

 

Pada akhir permainan para pelajar akan menerima sijil secara automatik.

 





============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================

TAKWIM PERSEKOLAHAN (PINDAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020)

============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. 
 ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia 
Matematik dan hal berkaitan pendidikan .
 Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. 
 Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom 
 Terima kasih ADMIN
 =============================================================

KPM telah mengeluarkan Takwim Persekolahan Baharu untuk Tahun 2020





Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Puasa Aidilfitri 1441H / 2020M

==========================================================
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. 
 ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan
hal berkaitan pendidikan . 
 Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. 
 Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN
 =========================================================

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2020 di Malaysia

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1)

Keputusan untuk menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2020 bersamaan 1441 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.


sumber : Youtube Astro Awani


Berhari raya dalam suasanabahagru yang pastinya berbeza dengan sambutan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini. Semoga kita tabah menghadapi suasana ini.


Tema Hari Guru Tahun 2020: "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. 
 ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik 
dan hal berkaitan pendidikan . 
 Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. 
 Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN
 =============================================================

Tema Hari Guru Tahun 2020: "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Tema Sambutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Tema Hari Guru 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Definisi Tema Hari Guru 2020
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Huraian Tema Hari Guru 2020
Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

Setiap Kejayaan Memerlukan Kehadiran Guru
Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini.

Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.

Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid Merupakan Pewaris Masa Hadapan Negara
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.

Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

Operasi Asas Matematik

==============================================================
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih ADMIN

=============================================================


Pada peringkat sekolah rendah, secara asasnya anak-anak semua belajar operasi asas matematik. Operasi asas melibatkan 4 operasi iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI.

Anak-anak diajar apa itu operasi asas dan aplikasikan dengan nombor, daripada nombor kecil hingga nombor besar berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 1 hingga 6. Anak-anak sepatutnya perlu faham dan mahir untuk menguasai kemahiran secara berperingkat dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Namun begitu, tidak semua anak-anak dapat menguasai kemahiran operasi asas sebelum melangkah ke tahap seterusnya. Para guru telah berusaha bagi memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik.



Sekian untuk kali ini.

nantikan sambungan ....



Salam Ramadan 1441 H / 2020 M

=====================================================
TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan .
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. 
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih ADMIN
 =======================================================


Pertamanya, admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.

Bulan Ramadan pada kali ini adalah berbeza daripada bulan Ramadan pada tahun-tahun lepas. Kita menyambut dalam keadaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), yang mana kita semua rakyat Malaysia perlu berada di rumah masing-masing pada setiap masa. Kita hanya boleh keluar rumah jika ada urusan-urusan yang memerlukan kita keluar.

Ini adalah kerana negara kita telah dilanda wabak COVID-19, yang turut dirasai oleh seluruh dunia. Kita perlu bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 dengan segera.

Dalam bulan Ramadan ini, kita ada lebih banyak masa bersama-sama keluarga di rumah. Dapatlah kita melakukan aktiviti yang selama ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna seperti Solat Tarawih berjemaah bersama.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah menghapuskan COVID-19 dan mengembalikan kehidupan baharu biasa untuk kita semua.


Sumber : Youtube



Kronologi COVID-19 di Malaysia


=====================================================

 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini.
ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik
dan hal berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom.
Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom
Terima kasih
ADMIN

=======================================================


Sumber : BH Online
Selasa, 17 March 2020 | 1:14pm


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari
-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari 
-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari
-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari
-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.
1 Februari
- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.
- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.
Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PESAWAT khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). - Foto Ahmad Irham Mohd NoorPESAWAT khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor


4 Februari
- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.
- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.
- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

5 Februari
- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Februari
- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari
- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari
- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

9 Februari
- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.
PEMBANTU farmasi melekatkan notis pemberitahuan kehabisan stok topeng muka serta cecair pembersih tangan pada pintu masuk farmasi di Kuala Ibai. - Foto BERNAMAPEMBANTU farmasi melekatkan notis pemberitahuan kehabisan stok topeng muka serta cecair pembersih tangan pada pintu masuk farmasi di Kuala Ibai. - Foto BERNAMA


10 Februari
- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari
- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari
- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.
- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Februari
- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.
DR Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19. - Foto BERNAMADR Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19. - Foto BERNAMA


27 Februari
- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Februari
- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:
- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

3 Mac
- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.

4 Mac
- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac
- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac
- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.

7 Mac
- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac
- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.

ORANG ramai memakai penutup muka ketika ditemui di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMAORANG ramai memakai penutup muka ketika ditemui di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA


9 Mac
- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac
- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac
2020:
- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac
- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.
- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

JEMAAH memakai topeng muka ketika ditemui di Masjid Sri Petaling. - Foto Aswadi AliasJEMAAH memakai topeng muka ketika ditemui di Masjid Sri Petaling. - Foto Aswadi Alias


13 Mac
- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.

14 Mac
- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac
- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac
- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac. - Foto BERNAMAPERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac. - Foto BERNAMA
- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
- BERNAMA