Tahun 2020



Masih teringat lagi pada zaman persekolahan, Malaysia akan menuju menjadi negara maju pada Tahun 2020. Tentunya masih ingat lagi tentang WAWASAN 2020.

Pada masa itu, admin selalu didedahkan oleh para guru tentang suasana pada Tahun 2020 seperti yang dirancangkan dalam WAWASAN 2020.

Semua lebih maju daripada susasana pada zaman ketika itu. Kini, kita telah sampai ke Tahun 2020. Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum sampai ke Tahun 2020.