PKPB Dilaksana Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya




PUTRAJAYA, 12 Oktober - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perintah itu dikuat kuasa hingga 26 Oktober depan.

PKPB juga akan dilaksana di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12:01 tengah malam 14 Oktober.

Ia akan berkuat kuasa hingga 27 Oktober.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perintah itu dikeluarkan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira peningkatan kes yang berlaku di kawasan terlibat.

Justeru tegas beliau, bagi menyekat penularan COVID-19, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain penguatkuasaan PKPB di Sabah tengah malam ini.

SOP pelaksanaan PKPB melibatkan larangan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam, pusat rekreasi, masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain ditutup.

============================================================== 
 TERIMA KASIH kepada anda semua kerana sudi singgah ke blog ini. ADMIN akan meneruskan penulisan blog ini berkaitan dunia Matematik dan hal berkaitan pendidikan . Teruskan bersama Blog CikgunayanDotCom. Sudilah melawat laman FB CikguNayanDotCom Terima kasih ADMIN =============================================================