SEPAK TAKRAW

Catatan 15.1.2022

15/365

AKTIVITI SUKAN

Salah satu sukan yang diminati sejak sekolah rendah ialah SEPAK TAKRAW. Mula mengenali dan bermain sepak takraw ialah pada umur 11 tahun (darjah 5). Bermain bersama kawan-kawan sekampung.

Alhamdulillah, dapat memberi sedikit sumbangan sebagai pemain semasa di sekolah rendah, menengah dan berkesempatan mewakili UiTM Perlis pada tahun 2001.

Semasa belajar di UiTM Perak, pernah mencuba untuk mewakili UiTM Perak..tetapi masih belum layak.