MATEMATIK TAHUN 2 - BENTUK 3 DIMENSI

Catatan 12.1.2022

12/365

Matematik Tahun 2

Tajuk : Ruang (Bentuk 3 Dimensi)


Murid-murid telah diminta untuk membawa objek yang berbentuk 3 Dimensi ke sekolah. Antara objek yang dibawa ialah bekas minuman, tin susu, pemadam pensel, pengasah pensel, buku nota kecil, gam dan penutup botol.


Murid dapat memahami objek yang berbentuk 3 Dimensi.

Tahniah..





SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 2021/2022

Catatan 10.1.2022

10/365

Hari pertama persekolahan penggal 3 2021/2022.

Sesi persekolahan telah ditangguhkan oleh KPM daripada tarikh yang sepatutnya sesi persekolah bermula disebabkan banjir yang telah belaku.



KEJAYAAN IMPIAN KITA SEMUA

Catatan 7.1.2022

7/365

KEJAYAAN

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pelbagai halangan perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi kejayaan.

Usaha tanpa jemu yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan sebelum mencapai kejayaan.

Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Jom, kita mulakan misi kejayaan kita dengan langkah pertama.