SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 2021/2022

Catatan 10.1.2022

10/365

Hari pertama persekolahan penggal 3 2021/2022.

Sesi persekolahan telah ditangguhkan oleh KPM daripada tarikh yang sepatutnya sesi persekolah bermula disebabkan banjir yang telah belaku.



KEJAYAAN IMPIAN KITA SEMUA

Catatan 7.1.2022

7/365

KEJAYAAN

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pelbagai halangan perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi kejayaan.

Usaha tanpa jemu yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan sebelum mencapai kejayaan.

Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Jom, kita mulakan misi kejayaan kita dengan langkah pertama.








PENANGGUHAN TARIKH PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3, 2021/2022



PENANGGUHAN TARIKH PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3, 2021/2022


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu. Dengan ini, tarikh baharu sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 10 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). 

Keputusan KPM adalah berdasarkan penelitian kepada kesan banjir besar yang melanda negara baru-baru ini. Sehingga 24 Disember 2021, terdapat 475 buah institusi pendidikan di seluruh negara dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air. KPM sentiasa prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru, murid dan ibu bapa yang terkesan akibat banjir. 

Ketetapan penangguhan ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM dan semua sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan. Manakala, pengoperasian bagi sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat adalah mengikut kalendar persekolahan masing-masing. Bagi tadika yang berdaftar bawah KPM, pengoperasian dibenarkan mulai 2 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B. 

Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru. 

KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM. 

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. 

-TAMAT- 
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
 24 DISEMBER 2021