Isnin, 30 Januari 2017

Pelajar sekolah perubatan dekati komuniti Orang Asli

[sumber : http://www.bhpendidikan.com.my/newspage/pelajar-sekolah-perubatan-dekati-komuniti-orang-asli ]

27/1/2017
 
 
MSU Young Doctor Programme rapatkan warga kampus dengan masyarakat orang asli.

Seramai 23 pelajar Tahun Empat, Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan empat pensyarahnya terbabit dalam program inisiatif MSU itu bagi merapatkan jurang antara warga kampus dan masyarakat melalui aktiviti komuniti.

Pengarah program, Muhammad Haziq Halilol Rahman, berkata program itu bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada komuniti Orang Asli berkaitan penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit khususnya kencing tikus serta mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada komuniti Orang Asli terbabit.

Beliau berkata, program yang dikenali sebagai ALERT! It’s Leptospirosis dengan tema ‘Learn It, Do It,
Break It’ itu memberikan ruang kepada peserta untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi kesihatan berguna kepada komuniti Orang Asli terutamanya kanak-kanak dan wanita.

Katanya, program itu juga adalah kaedah terbaik dalam menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta yang terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Misi 6A UPSR 2017

VIDEO