Langkau ke kandungan utama

Dua Sahabat Kongsi Minat di Lembah Ilmu




Buka tuisyen untuk pelajar tercicir SPM, OKU, tahfiz
03 Mac 2016 1:43 PM



Buka tuisyen untuk pelajar tercicir SPM, OKU, tahfiz

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/dua-sahabat-kongsi-minat-8232-di-lembah-ilmu-1.196602#sthash.E2W6AT7H.dpuf

Tidak semua bernasib baik memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kegagalan memperoleh atau menduduki peperiksaan berkenaan sudah pasti sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kerjaya seseorang. 

Maka, peluang menduduki peperiksaan berkenaan buat pertama kali atau peluang kali kedua untuk mereka yang gagal sebelum ini, amat bermakna.

Pun begitu, tidak banyak institusi yang menawarkan bantuan kepada mereka yang tercicir dalam peperiksaan utama untuk bangkit dan seterusnya berjaya seiring dengan pelajar-pelajar lain.

Keadaan itu memberi inspirasi kepada dua orang sahabat, Naimah Muhammad dan Nurul Huda Abdullah, 34, membuka dimensi baharu dalam arus pendidikan tanah air dengan menyediakan pusat tuisyen kepada mereka yang tercicir daripada arus pendidikan formal melalui penubuhan Kumpulan Pendidikan Lembah Ilmu.

Tidak hanya memberi peluang kepada mereka yang tercicir atau memperoleh keputusan kurang baik, apa yang penting usaha dua bekas guru sekolah itu, turut membuka peluang pendidikan formal kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan seperti orang kurang upaya (OKU), mempunyai masalah pembelajaran serta masalah mental.

Menurut Naimah, yang berpengalaman sebagai guru sekolah dan tutor persendirian lebih 10 tahun, pusat tuisyen tersebut yang telah beroperasi secara kecil-kecilan di rumah sewa sejak 2012, ditubuhkan pada asalnya bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.

Tanpa diduga, kelas berkenaan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat sekitar, menyebabkan wanita itu mengambil keputusan mengubahsuai rumahnya dengan kos RM60,000 untuk menyediakan kelas yang lebih selesa.

“Pada awal penubuhan, tumpuan saya ialah pelajar-pelajar khas yang mengalami masalah seperti sindrom Aspenger dan Autism. Kebetulan ketika itu ada seorang imam muda di surau berhampiran rumah menyatakan hasrat untuk mengambil SPM secara persendirian kerana dia telah meninggalkan arus pendidikan perdana bagi memberikan tumpuan kepada hafazan al-Quran.

“Alhamdulillah, percubaan kelas tahun pertama berjaya apabila semua lapan pelajar berjaya mendapat sijil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, malah salah seorang calon berjaya memperoleh 8A dan kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Pendidikan (TESL) di Universiti Malaya,” katanya yang mengakui kejayaan kumpulan pertama itu memberi semangat kepadanya.
Jelas Naimah, ketika ini ada empat kategori yang memilih untuk mendaftar sebagai calon persendirian di pusat tuisyen berkenaan.

Mereka adalah terdiri daripada pelajar yang mahu membaiki keputusan peperiksaan, pelajar aliran tahfiz yang tidak mempunyai pendidikan formal, pelajar pendidikan khas serta pelajar tercicir persekolahan.
Ujarnya, setiap kategori mempunyai modul dan sistem pembelajaran tersendiri bagi membolehkan mereka memperoleh keputusan yang menepati kehendak pasaran dan sistem pemilihan kerja di negara ini, iaitu perlu memperoleh syarat tiga lulus untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di institusi kemahiran, dan tiga kredit untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.

Ujar Naimah, sebelum ini dia juga mempunyai seorang pelajar yang merupakan penghidap skizofrenia dan mahu menduduki SPM buat kali kedua selepas gagal pada ujian kali pertama di sekolah biasa.
“Memang agak sukar untuk menguruskan pelajar-pelajar OKU seperti sindrom Down atau mengalami masalah pembelajaran dan masalah mental,kerana perlu bermain emosi dengan mereka.

“Apa yang paling penting, guru perlu mendapatkan kepercayaan kepada mereka agar mereka mudah mendengar setiap arahan yang diberikan. Jika gagal mendapat kepercayaan, modul apa pun susah untuk digunakan.

“Kita bukan mahu mereka memperoleh kesemua A dalam subjek yang diambil, tetapi kita mahu mereka lulus dalam subjek tertentu kerana kita mempunyai sasaran untuk golongan seperti ini.

“Pelajar seperti ini perlu ruang lingkup belajar yang lebih tenang berbanding di kelas biasa, selain memberi konsep pembelajaran yang lebih santai dan memberi tumpuan pada subjek yang mampu mereka kuasai oleh pelajar itu,” katanya yang juga pengarah urusan Kumpulan Pendidikan Lembah Ilmu.

Sementara itu, Pengetua Kumpulan Pendidikan Lembah Ilmu, Nurul Huda, selain menumpukan aspek peperiksaan, modul yang ada turut memberi penekanan melalui kelas persendirian yang merupakan program fast track.

Program tersebut hanya mengambil masa tujuh bulan untuk menghabiskan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 sebelum pelajar menduduki SPM.

Apa yang lebih menarik, Program Fast Track SPM Lembah Ilmu kini telah melebarkan sayapnya di Lembah Kelang dengan membuat perkongsian strategik dengan Pusat Tuisyen Math Catch yang telah memulakan kelas di cawangan yang terletak di Shah Alam, Bangi, Puchong dan Damansara bermula Mac ini.
“Modul kita lebih ringkas dan padat selain menepati sistem pendidikan di sekolah biasa, cuma bezanya silibus yang mengambil masa dua tahun kita pendekkan kepada tujuh bulan sahaja.

“Untuk pelajar OKU, saya dan Naimah akan duduk berbincang silibus yang sesuai dengan mereka kerana setiap mereka mempunyai kriteria yang berbeza.

“Selain menumpukan silibus, guru di sini juga akan memberi tumpuan emosi kepada mereka yang lazimnya mempunyai mood berbeza-beza setiap kali memasuki kelas,” ujarnya memberitahu ketika ini seramai 200 pelajar yang sedang mengikuti tuisyen di situ.

Mereka yang berminat untuk menyertai kelas SPM persendirian, boleh berhubung melayari laman sesawang www.lembahilmu.edu.my.

Ulasan

  1. BLOG WALKING
    =============
    Dah lama tak buat
    Bagus blog ni
    Recommended buat mereka yang mencari BAHAN untuk subjek MATEMATIK sekolah rendah
    Ikhlas,
    http://teknikbelajarterbaik.blogspot.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peta i-THINK

Pastinya para guru mengetahui tentang Peta i-THINK. Konsep ini diterapkan di dalam Proses PdP di dalam bilik darjah.

Terdapat 8 Peta i-THINK. Jom berkenalan dengan 8 Peta i-THINK
.
.


Ada alat bantu yang digunakan untuk melukis peta i-THINK. Jom kita lihat gambarnya di bawah. 

Tugas-Tugas Guru 2017

Tugas-Tugas Guru 2017
Para Guru... Simpan elok2 ya1. APDM
http://apdm.moe.gov.my2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp9. eGaji
http://www.anm.gov.my10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/ 11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv312. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih 15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/ 16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my17. ePIDP
https://pidp.moe.gov.myVISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga…

Modul Pembelajaran PASTI A - Matematik - Download Sekarang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan pembaca dan peminat blog Cikgu Nayan Dot Com sebuah Modul Matematik UPSR Negeri Pahang.

Saya perolehi daripada sumber facebook.

KLIK DI SINI untuk download . . .