Langkau ke kandungan utama

PT3 Berjalan Lancar Seluruh Negara

PENGAWAS peperiksaan mengutip kertas soalan daripada calon PT3
PENGAWAS peperiksaan mengutip kertas soalan daripada calon PT3 selepas tamat waktu menjawab soalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis, semalam. Utusan/Muhamad Iqbal Rosli
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini dan berjalan lancar di seluruh negara.
Ujian berkenaan pagi tadi dimulai dengan subjek Bahasa Melayu dan Matematik diikuti subjek Bahasa Inggeris dan Sains sehingga Khamis.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan Twitternya menyeru rakyat Malaysia mendoakan pelajar sentiasa bertenang selain menasihat mereka tidak berasa terlalu tertekan sepanjang PT3 diadakan.
Di ibu negara, jurucakap Jabatan Pendidikan negeri berkata, sebanyak 20,518 calon menduduki peperiksaan tersebut melibatkan 105 pusat pe­periksaan.
Di NEGERI SEMBILAN, Pe­ngarah Jabatan Pendidikan ne­geri, Rusni Ab. Jalil berkata, seramai 17,530 pelajar menduduki ujian bertulis tersebut yang melibatkan sebanyak 133 pusat peperiksaan di seluruh negeri.
Di SELANGOR, Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, seramai 76,850 pelajar menduduki ujian tersebut melibatkan 327 pusat peperiksaan.
“Seramai 327 ketua pengawas telah dilantik oleh pihak sekolah bagi memastikan perjalanan PT3 lancar,” katanya.
Sementara di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, seramai 13,631 calon menduduki ujian di 85 pusat peperiksaan seluruh negeri.
Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 89 calon merupakan orang kelainan upaya dan seramai 12,929 calon merupakan daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Di KELANTAN, Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, seramai 31,374 calon daripada 241 sekolah menengah menduduki ujian tersebut termasuk 38 Calon Berkeperluan Khas (CBK).
“Mereka (CBK) terdiri daripada sembilan calon cacat akal, 14 calon pekak, lima calon bermasalah fizikal, lapan calon lain-lain kecaca­tan dan dua calon rabun,” katanya dalam kenya­ta­an.
Jaafar berkata, jumlah calon tersebut adalah dari 168 sekolah kerajaan termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 62 Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan tujuh sekolah swasta.
Di PERLIS, seramai 4,075 calon termasuk tujuh CBK menduduki PT3 di 31 pusat pe­periksaan di seluruh Perlis, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Azman Ghazali.
Beliau berkata, ia melibatkan seramai 3,793 calon 28 sekolah kerajaan, 142 calon dua sekolah swasta dan 140 calon MRSM.
Di SARAWAK, 204 pusat peperiksaan dibuka untuk 39,657 calon yang menduduki peperiksaan PT3 itu dan ia terdiri daripada 182 pusat di sekolah kerajaan, 13 di sekolah swasta, tiga di MRSM, tiga di sekolah akhlak dan tiga lagi di pusat persendirian.
Calon-calonnya pula terdiri daripada 38,237 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, diikuti dengan 1,173 calon sekolah swasta, 220 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian Pelajaran dan selebihnya beberapa calon perseorangan serta sekolah agama dan lain-lain lagi.
Di SABAH, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, seramai 41,687 calon menduduki pe­periksaan PT3 melibatkan 245 pusat peperiksaan yang berjalan lancar. – BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

Peta i-THINK

Pastinya para guru mengetahui tentang Peta i-THINK. Konsep ini diterapkan di dalam Proses PdP di dalam bilik darjah.

Terdapat 8 Peta i-THINK. Jom berkenalan dengan 8 Peta i-THINK
.
.


Ada alat bantu yang digunakan untuk melukis peta i-THINK. Jom kita lihat gambarnya di bawah. 

Tugas-Tugas Guru 2017

Tugas-Tugas Guru 2017
Para Guru... Simpan elok2 ya1. APDM
http://apdm.moe.gov.my2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp9. eGaji
http://www.anm.gov.my10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/ 11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv312. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih 15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/ 16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my17. ePIDP
https://pidp.moe.gov.myVISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga…

Modul Pembelajaran PASTI A - Matematik - Download Sekarang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan pembaca dan peminat blog Cikgu Nayan Dot Com sebuah Modul Matematik UPSR Negeri Pahang.

Saya perolehi daripada sumber facebook.

KLIK DI SINI untuk download . . .