Langkau ke kandungan utama

Pengenalan Dua Modul Baharu 2017 Inisiatif Jayakan Pendidikan Nasional

Pembangunan pendididikan di Malaysia terus melangkah maju apabila modul Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer akan dilaksanakan mulai Januari tahun ha¬dapan. Modul ini akan disepadukan ke dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pendekatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha memperkasa pembelajaran digital yang sudah menjadi amalan di kebanyakkan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara lain.
Malaysia jadi negara pertama di rantau ASEAN yang merintis kurikulum ini. Langkah konstruktif yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pelajar dari 10,173 sekolah seluruh negara.

Pastinya pelaksanaan modul itu akan menjadikan kaedah pembelajaran di sekolha-sekolah menjadi lebih menarik dan meyeronokkan kerana modul tersebut akan disepadukan dalam semua subjek di sekolah rendah secara berperingkat. Ia akan dimulai dengan murid tahun satu pada tahun depan, tahun dua pada 2018 dan seterusnya. Manakala Sains Komputer pula ditawarkan di sekolah menengah bermula dengan pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan modul Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer pada majlis pelancaran Pergerakan #mydigitalmaker di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya baru-baru ini mengharapkan dengan pelaksanaan modul itu nanti akan membuka ruang kepada generasi muda kini menjadi ahli sains komputer terkenal suatu hari nanti. Harapan ini tidak mustahil dicapai kerana “Pemikiran Komputasional” me¬ngajar pelajar tentang pengetahuan reka bentuk, pemikiran logik dan menyelesaikan masalah. Ia juga sebagai persiapan membangun bidang ekonomi digital yang semakin berkembang dalam era globalisasi ini.

Menurut portal Jabatan Ilmu Pendidikan (http://jip-ipgktho.blogspot.my), Kemahiran Pemikiran Komputasional bukan semata-mata literasi komputer seperti mengaplikasi perisian seperti Excel, PowerPoint, Word dan apps tetapi ia merupakan kemahiran kritis yang bertujuan mencari penyelesaian masalah di mana penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan oleh agen pemprosesan maklumat, contohnya komputer, mesin dan sebaginya (Cuny, Snyder, Wing). Ia melibatkan kemahiran seperti Decompose, Abstraction, Pattern Recognition, Algorithm, Logical Reasoning, Evaluation dan lain-lain.

Selesai masalah rumit
 
Ia adalah asas kepada pembelajaran mesin perangkaan (Statistical Machine Learning) yang membolehkan pentadbiran dan pengurusan “Big Data” untuk menyelesaikan masalah yang rumit dalam urusan pangkalan data untuk perangkaan, memeta, analisis kewangan dan lain-lain. Contoh kemahiran pemikiran komputasional yang diamalkan oleh Google untuk menyelesaikan masalah.

Dalam konteks menjayakan harapan ini maka kesediaan golongan pendidik di negara ini menjadi faktor utama kejayaan dalam pelaksanaan kurikulum baharu itu nanti. Langkah proaktif untuk menjayakannya sudah pun dibuat oleh Kementerian Pendidikan di mana lebih 9,000 guru sedang menjalani latihan berhubung kurikulum baharu itu. Malah, kolej latihan guru dan Institut Aminuddin Baki juga telah menintegrasikan “Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer” bagi melatih golongan pengetua dan guru besar.

Langkah-langkah awal yang dilaksanakan kementerian terbabit sudah tentu dapat melancarkan pelaksanaan kurikulum baharu itu nanti apabila ia mula dalam sistem pendidikan kita. Lagi pun kurikulum ini sudah dirintis oleh 24 sekolah pada tahun lalu dengan penglibatan 660 pelajar dan 50 guru.

Justeru, kita yakin kementeriana terbabit sudah mempunyai pengalaman yang cukup baik untuk melaksanakannya secara menyeluruh dalam sistem pendidikan kita. Ia merupakan inisiatif yang dirangka bagi merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). – BH 16/ 8/ 2016
_________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peta i-THINK

Pastinya para guru mengetahui tentang Peta i-THINK. Konsep ini diterapkan di dalam Proses PdP di dalam bilik darjah.

Terdapat 8 Peta i-THINK. Jom berkenalan dengan 8 Peta i-THINK
.
.


Ada alat bantu yang digunakan untuk melukis peta i-THINK. Jom kita lihat gambarnya di bawah. 

Tugas-Tugas Guru 2017

Tugas-Tugas Guru 2017
Para Guru... Simpan elok2 ya1. APDM
http://apdm.moe.gov.my2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp9. eGaji
http://www.anm.gov.my10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/ 11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv312. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih 15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/ 16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my17. ePIDP
https://pidp.moe.gov.myVISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga…

Modul Pembelajaran PASTI A - Matematik - Download Sekarang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan pembaca dan peminat blog Cikgu Nayan Dot Com sebuah Modul Matematik UPSR Negeri Pahang.

Saya perolehi daripada sumber facebook.

KLIK DI SINI untuk download . . .