Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Pengenalan Dua Modul Baharu 2017 Inisiatif Jayakan Pendidikan Nasional

Pembangunan pendididikan di Malaysia terus melangkah maju apabila modul Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer akan dilaksanakan mulai Januari tahun ha¬dapan. Modul ini akan disepadukan ke dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pendekatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha memperkasa pembelajaran digital yang sudah menjadi amalan di kebanyakkan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara lain. Malaysia jadi negara pertama di rantau ASEAN yang merintis kurikulum ini. Langkah konstruktif yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pelajar dari 10,173 sekolah seluruh negara.
Pastinya pelaksanaan modul itu akan menjadikan kaedah pembelajaran di sekolha-sekolah menjadi lebih menarik dan meyeronokkan kerana modul tersebut akan disepadukan dalam semua subjek di sekolah renda…

Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula?

Papan hitam, pembaris kayu berwarna kuning dan kapur pelbagai warna, satu memori yang tidak asing lagi ketika zaman persekolahan dahulu. Tahukah anda dari mana dan siapa yang mencipta peralatan ini?



Semuanya bermula sekitar kurun ke 17 apabila seorang lelaki bernama James Pillan yang merupakan seorang guru besar di Sekolah Menengah Tinggi Edinburg, Scotland.

Pada mulanya anak murid James di sekolah tersebut mencatat nota dengan menggunakan papan tulis, lengkap dengan bingkai kayu.

Bingkai kayu pada sekeliling papan itu bertujuan untuk mengelakkan papan tersebut patah atau retak.

James menggunakan papan kayu yang kecil itu dan menggantungkannya pada dinding bagi memudahkan dia mengajar pelajar-pelajarnya.

Dari situlah James mendapat idea untuk mencipta papan kayu yang lebih besar bagi memudahkan sesi pembelajaran didalam bilik darjah.

George Baron, seorang guru Matematik telah mengangkat idea James dan dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1801.

Dia telah mengajar Matematik menggu…

Murid Perlu Seimbangkan Ilmu, Akhlak – Mahdzir

sumber : utusan online
09 Oktober 2016 12:20 AM
====================

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perubahan lanskap pendidikan dan ekonomi semasa menuntut mu­rid-murid sebagai bakal pe­mimpin generasi akan datang mempunyai keseimbangan dari segi ilmu dan akhlak. MAHDZIR KHALID Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usaha membangunkan murid-murid secara holistik sebagai persediaan pada masa hadapan telah diselaraskan melalui enam aspirasi yang diterapkan dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Katanya, penerapan nilai aspirasi terbabit akan membantu mengembangkan set pengetahuan dan kemahiran murid-murid sebagai persediaan menempuh kehendak pasaran pada abad ke-21. Menurut beliau, kemahiran yang perlu dimiliki adalah keupayaan untuk bekerja secara berpasukan, kolaboratif, kreatif, imaginatif, berfikiran kritis dan mampu menyelesaikan masalah. “Dengan perkembangan pesat teknologi yang mempengaruhi kehidupan ketika ini, kita perlu berfikir tentang nilai…

PT3 Berjalan Lancar Seluruh Negara

PENGAWAS peperiksaan mengutip kertas soalan daripada calon PT3 selepas tamat waktu menjawab soalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis, semalam. Utusan/Muhamad Iqbal Rosli
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini dan berjalan lancar di seluruh negara. Ujian berkenaan pagi tadi dimulai dengan subjek Bahasa Melayu dan Matematik diikuti subjek Bahasa Inggeris dan Sains sehingga Khamis.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan Twitternya menyeru rakyat Malaysia mendoakan pelajar sentiasa bertenang selain menasihat mereka tidak berasa terlalu tertekan sepanjang PT3 diadakan.
Di ibu negara, jurucakap Jabatan Pendidikan negeri berkata, sebanyak 20,518 calon menduduki peperiksaan tersebut melibatkan 105 pusat pe­periksaan.
Di NEGERI SEMBILAN, Pe­ngarah Jabatan Pendidikan ne­geri, Rusni Ab. Jalil berkata, seramai 17,530 pelajar menduduki ujian bertulis tersebut yang melibatkan sebanyak 133 pusat pepe…