Ahad, 18 September 2016

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
KBAT 21
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

KBAT 21
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21
KBAT 21Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.


========
SUMBER :
=======
.
.

Ahad, 4 September 2016

TIPS SEHARI SEBELUM UPSR 2016


TIPS SEHARI SEBELUM UPSR 2016
===========================
.
Sangat PENTING!
.
Pertama sekali beritahu anak begini:
.
"Kamu DAH BELAJAR SELAMA 6 tahun. Kamu dah BERSEDIA! Cikgu kamu dah ajar segala ilmu yang kamu perlukan. Kamu dah berusaha setakat yang kamu mampu. Now is the time untuk keluarkan apa yang kamu dah belajar. Mintak pada Allah. In shaa Allah DIA akan bantu. Percaya tu. Kamu boleh ingat apa yang kamu dah belajar. Semua dah ada dalam komputer hebat di antara dua telinga kamu tu. Ibu/ayah YAKIN dengan kemampuan kamu. Now perlu berusaha untuk menjawab sebaik mungkin. Selepas exam kita tawakkal kepadaNya. Apa sahaja keputusan nanti kita Reda. GO FOR IT! 6A DALAM GENGGAMAN. Aaamiin."
.
TIPS SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
===========================
1. Mulakan rutin senaman ringan
- atau regangan badan untuk 10 minit sahaja sehari (sehingga tamat peperiksaan)
2. Ulangkaji subjek yang akan diuji pada hari esok sahaja
- LUPAKAN subjek2 lain. Jika ada 2 subjek, bahagi masa sama rata untuk kedua-dua subjek tersebut.
3. Ulangkaji guna Nota Padat atau Peta Minda sahaja
- jangan gunakan buku teks.
- Gunakan Teknik Video Minda, jika tahu (Sangat BAGUS ni)
4. Untuk Maths, teruskan buat latihan
- ulangkaji (buat semula) soalan tahun2 lepas yang kamu telah jawab salah sahaja. Pastikan dapat betul kali ini.
5. Jangan tidur lewat (Maksimum 11:00 mlm)
.
TIPS DI PAGI HARI PEPERIKSAAN
====================
1. Jangan bangun terlalu awal
- 6.00 pagi amat sesuai
2. Solat Subuh
- dan mohon doa agar mudah menjawab
- doa secara SPESIFIK mintak dapat 6A
3. Buang air besar
- elakkan tekanan & angin kotor mengganggu konsentrasi
4. Makan pagi
- tidak terlalu banyak
5. Minum air Zam-Zam atau air Bacaan Yassin (jika ada)
6. Salam & cium tangan ibu bapa
- minta berkat dan minta doakan sepanjang masa
.
TIPS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
==========================
1. Datang awal 30 minit sebelum exam bermula
- cari tempat rehat dan bersantai di situ
2. Pastikan Alatulis mencukupi seperti yang diberitahu oleh cikgu sekolah
- 7 batang pensil ( 5 btg pun OK)
- 2 pemadam
- 1 pembaris
- 1 sharpener
- pencil case lutsinar
3. Berhenti membaca buku 10 minit sebelum masuk ke dewan
- tenang diri
- selawat
- baca Doa Penerang Hati
4. Jika fikiran berasa berkecamuk dengan nota
- pandang ke langit biru, fokus pandangan disitu selama seminit, in shaa Allah tenang semula
- atau pandang ke arah rimbunan pokok2 hijau
.
TIPS DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
=======================
1. Mulakan dengan BISMILLAH & Doa Penerang Hati.
2. Perhatikan MASA!
- bila masa MULA?
- bila sepatutnya TAMAT?
- setiap soalan perlu luang berapa banyak MASA?
3. Baca arahan dengan teliti.
4. Baca soalan dengan teliti.
5. Pastikan kita faham soalan.
6. Kaji semua pilihan jawapan.
7. Singkirkan pilihan jawapan yang salah.
8. Olah semula soalan dengan perkataan sendiri.
9. Fikir masak-masak.
10. Tulis dengan kemas.
11. Beri jawapan yang tepat
12. Jika tidak dapat menjawab, APA NAK BUAT?
- Jika soalan objektif, langkau (skip) dahulu soalan itu. Buat soalan seterusnya dahulu
- jika karangan BM, cetus dan cambah minda gunakan soalan2 berasaskan 5W & 1H (What, Where, When, Who, Why & How) pasti akan datang idea mencurah-curah
13. Semak jawapan anda.
.
TIPS SELEPAS PEPERIKSAAN
=================
1. Jangan bincang jawapan yang baru buat
- ucap Alhamdulillah sudah selesai
- pergi tandas, buang apa yang patut
- pergi surau, buat sujud syukur atau solat sunat
2. Teruskan BERSEDIA untuk ujian seterusnya
3. Jangan TIDUR dahulu sementara tunggu ujian seterusnya
- tidur yang tidak cukup akan membuat kita sembab
.
=======================

* AJAK ANAK baca bersama-sama Ibu bapa tips tersebut. Kemudian ibu bapa terangkan setiap tips tersebut.
.
Contohnya buat senaman mudah untuk warm up setiap pagi. Saya ajak tutees saya buat sekali. Saya tunjukkan. Mereka akan dapat RASAI sendiri pengalaman itu dan bagaimana senaman dapat melancarkan peredaran oksigen dalam darah, lantas membuat kita lebih active and alert!
.
Contoh lain, tentang minta restu ibu bapa. Tidak perlu tunggu pagi Isnin. Setiap hari boleh dibuat. Begitu juga memohon doa SPESIFIK untuk dapat 6A, dah buat lama sepatutnya.
Jadi, buatlah ya, dgn anak!
Good luck parents!
All the best anak-anak!

==========
By HT Amir
==========

Misi 6A UPSR 2017

VIDEO