Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Lagu Kanak Kanak | Kalau Rasa Gembira | Didi & Friends

5 Makanan Ringan Berkhasiat Ringkas Untuk Waktu Rehat Anak Anda

[ Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 4:55 PM ] WAKTU rehat di tengah hari di sekolah mungkin dianggap sebagai waktu bermain oleh anak-anak anda. Tetapi, waktu ini merupakan tempoh penting untuk mengambil makanan ringan yang berkhasiat bagi memastikan anak anda bertenaga sepanjang hari.
Tanpa tenaga yang mencukupi, anak anda mungkin keletihan, sekali gus menempuh hari yang lembab dan tidak bertenaga.
Oleh itu, apabila di waktu pagi, masa menjadi sangat berharga, sama seperti merancang makan ringan yang perlu disediakan pada waktu rehat anak anda.
Anda mungkin mempunyai rutin yang perlu dilakukan pada setiap pagi, apatah lagi mahu menguruskan anak-anak ke sekolah. Namun setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan tidak berkompromi dengan makanan yang diambil oleh anak mereka.
Bagi meringankan beban untuk menyediakan makanan ringan dengan pantas kepada anak anda, kami menyediakan senarai makanan ringkas dan tidak perlu dimasak untuk diberikan kepad…