Langkau ke kandungan utama

Sesi Persekolahan 2016 Meriah Dengan Pelbagai Emosi Dan Ragam Murid


sumber : BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kemeriahan hari pertama sesi persekolahan 2016 dirasai dengan pelbagai emosi terpancar di wajah murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi kebanyakan negeri yang bermula hari ini.

Ada murid yang menangis tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang menyuruh orang tua mereka pulang kerana malu dilihat rakan lain, tidak kurang juga yang gembira mendapat kenalan baharu serta riang menari dan menyanyi lagu sekolah, selain ada yang terkejut mendapat pensel warna baharu daripada guru dan sebagainya.

Empat negeri telah memulakan persekolahan semalam iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Di MELAKA, seramai 9,636 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini di 237 buah sekolah rendah seluruh negeri itu.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata seramai 5,217 murid prasekolah turut memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.

Beliau berkata seramai 13,360 murid Tingkatan Satu pula memulakan sesi persekolahan mereka di 77 buah sekolah menengah di negeri itu.

"Jumlah keseluruhan murid sekolah pelbagai darjah serta tingkatan di Melaka pada masa ini adalah seramai 150,532 orang iaitu 80,697 di sekolah rendah manakala selebihnya di sekolah menengah," katanya kepada pemberita di sini Isnin.


Sementara itu di PUTRAJAYA, Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 11 (2), tahun ini menerima jumlah murid Tahun Satu yang paling ramai berbanding sebelum ini dengan lebih 270 orang murid mendaftar hari ini.

Guru Besar Rohana Abd Manaf, 43, berkata pertambahan itu berikutan jumlah penduduk wilayah pentadbiran negara itu semakin bertambah, serta kehadiran murid dari kawasan lain.

"Biasanya kami menerima sekitar 150 orang murid Tahun Satu setiap tahun, tetapi memandangkan sekolah kami pada tahun ini mempunyai kelas yang banyak kosong, maka kami menerima lebih ramai murid Tahun Satu dari kawasan luar," katanya.

Di KANGAR, seramai 3,998 murid Tahun Satu di Perlis memulakan sesi persekolahan hari ini di 74 sekolah rendah, bertambah 98 orang berbanding 3,900 murid pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Rooslee Ismail berkata daripada jumlah itu, 3,620 murid mendaftar di Sekolah Kebangsaan, 365 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK), dan 13 murid mendaftar di SJK Tamil.

Jumlah itu dijangka berubah kerana proses pertukaran dan pendaftaran murid dari luar negeri masih berjalan, katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di SJKC Kong Aik, Mata Ayer hari ini.

"Sesi persekolahan tahun ini lancar hasil majlis penyesuaian murid yang kita telah lakukan dua hari lepas. Jadi hari ini, guru-guru terus mengajar," katanya.

Di PULAU PINANG, seramai 19,123 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di 687 kelas di seluruh negeri.

Pengarah Pendidikan negeri, Shaari Osman berkata jumlah murid Tahun Satu yang mendaftar pada tahun ini menurun berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 21,962 murid mendaftar.

Seramai 22,284 pelajar Tingkatan Satu di negeri itu turut memulakan sesi persekolahan, katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau.

Shaari berkata secara keseluruhan, proses pendaftaran pada hari ini berjalan lancar dengan ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak yang memulakan persekolahan Tahun Satu dan prasekolah.

Di IPOH, seramai 37,532 murid Tahun Satu di Perak telah memulakan sesi persekolahan membabitkan 25,205 orang di Sekolah Kebangsaan (SK), 8,743 di SJKC, 2,669 di SJKT dan 915 di Sekolah Masyarakat Orang Asli (SMOA).

-- BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

Peta i-THINK

Pastinya para guru mengetahui tentang Peta i-THINK. Konsep ini diterapkan di dalam Proses PdP di dalam bilik darjah.

Terdapat 8 Peta i-THINK. Jom berkenalan dengan 8 Peta i-THINK
.
.


Ada alat bantu yang digunakan untuk melukis peta i-THINK. Jom kita lihat gambarnya di bawah. 

Tugas-Tugas Guru 2017

Tugas-Tugas Guru 2017
Para Guru... Simpan elok2 ya1. APDM
http://apdm.moe.gov.my2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp9. eGaji
http://www.anm.gov.my10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/ 11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv312. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih 15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/ 16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my17. ePIDP
https://pidp.moe.gov.myVISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga…

Modul Pembelajaran PASTI A - Matematik - Download Sekarang

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan pembaca dan peminat blog Cikgu Nayan Dot Com sebuah Modul Matematik UPSR Negeri Pahang.

Saya perolehi daripada sumber facebook.

KLIK DI SINI untuk download . . .